_PreciousMoment_
0like to eat this entry
Ego kah aku ?
Thursday, January 19, 2012 | 3:59 AM | 0 comments

"Kau ni ego sangat lah Aisya ! Cuba kurangkan sikit."

"Ish , ego tak habis-habis."

"Kalau kau macam ni , sampai bila-bila pun orang tak suka."

"Ego ko ni lelebih la. Lebih dari orang laki lagi. haishhh"

"Kenapa ego sangat ni? Susah betol lah macam ni."
-
-
-
-
-
dan banyak lagi... :'(

YES!
Memang saya EGO !
Saya sedar itu , dan anda pun tahu itu kan ?
Tak boleh ke terima seadanya ??
Adakalanya kedegilan melanda diriku , dan saya memerlukan sahabat yang
sentiasa membimbing , menegur dan perlahan2 mengubah yang tidak elok
menjadi elok , yang buruk menjadi baik.
Bukannya MARAH , SINDIR ~ taksuketaksuke !
Sebab , kadang2 saya ni mudah touching jugak sebenarnya.
Cuma... well , apabila EGO mengatasi diri ini. Tu yang nampak RILEX je tu.
Padahal HATI ?? wahhhh... meraung sgt ! :'(
So, statement di post kali ni untuk membuktikan , saya sedang cuba untuk kurangkan ego ~
BANTULAH... Bagaimana ya ~ ? -.-'

Sifat semulajadi yang ada pada diriku dan amat sukar untuk di selindungi dari orang ramai.
Tapi ini bukan pintaku... huhu (cemane nihh?)
Nak ubah . tapi rasa macam tak tahu la pulak macam mana . Hmm....

Ggrrr.... Kalau tak suka berkawan dgn orang yang sangat EGO ,
asyik sakit hati , terasa hati dengan orang yang sangat EGO
mcm SAYA kot .
tak payah la berkawan. kan senang ? -.-'

(ada orang kata , ni pun macam ego jugak bunyi nye nih)

mood : touching sesikit yang sesangat ! hmmm... T_T'

Harap korang semua like ^_^ x nak x pe ! :( 0like to eat this entry
Harap tenang , Ada ujian !
Tuesday, January 17, 2012 | 11:13 PM | 0 comments

Apabila desakan datang bertalu-talu...

Hah! Mula la menggelabah tak tentu pasal.
Sanggup buat apa sahaja untuk melepaskan diri daripada desakan tersebut.
Mula berfikiran yang bukan-bukan. Kebanyakannya akan berfikiran negatif
terhadap takdir perjalanan kehidupan. Menyalahkan takdir.
Mula la cemburu dengan kebahagiaan dan kesenangan orang lain. Lalu
ingin memusnahkan kebahagiaan orang lain demi kepentingan diri sendiri.
Mula la menyalahkan orang lain di atas setiap kesusahan yang kita hadapi.
(padahal diri sendiri yang ego tidak mahu menerima
bahawa sendiri melakukan kesilapan)
Cepat marah dan emosi menjadi tidak stabil.
Berpandangan negatif terhadap orang sekeliling.
Berfikir bahawa sendiri tidak layak untuk hidup di dunia ini.. nak buat macam mana..
terlalu banyak kesusahan yang dihadapi..
(Padahal hati tidak cukup tabah dan cekal menghadapi dugaan Allah)
Dan yang paling teruk, berperangai tidak elok dan mungkin cenderung untuk bunuh diri !!

Ahhh ! What the joke ?!

Well, manusia memang tidak akan mampu untuk lari daripada ujian kehidupan. Ada orang, ujian kehidupannya di beri dengan ujian kesenangan untuk mendapatkan setiap perkara yang ingin dicapai. Di beri harta, pangkat, keluarga yang membahagiakan. Ahh.. seolah-olah tiada apa yang perlu dirisaukan dalam kehidupannya. Tapi, siapa tahu apa yang ada di dalam hati dan jiwa mereka. Mungkin dari luarannya kita nampak mereka bahagia tetapi secara spiritualnya tidak.

Ada orang, ujian kehidupannya seribu satu kesusahan. Sudahlah berpendapatan rendah, keluarga pula berantakan. Seolah-olah kehidupan penuh dengan kecelaruan dan keserabutan. Sudah berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan bebanan kesusahan, tapi masih lagi tidak berjaya. Akhirnya putus asa dengan kehidupan. Hidup seolah-olah tiada tujuan lagi. Hanya bergelut untuk melepaskan diri daripada kesengsaraan. Selalu berfikir, kenapa apa yang diinginkan tidak tercapai. Walau seribu satu cara dilakukan. Mungkin, kita sebenarnya belum bersedia untuk menghadapi apa yang diinginkan. Sabarlah. Berusahalah untuk bersedia mencapai apa yang diingini itu.

Duhai teman, kehidupan merupakan sesuatu yang lebih daripada apa yang kita jangkakan. Walau sesukar mana ujian yang kita tempuhi, walau berliku dan penuh onak duri jalan yang kita lalui, sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia takkan menurunkan sebarang ujian kesulitan kepada hamba-Nya melainkan terselit kesenangan dan kemudahan kepada mereka untuk menempuhinya. Setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Janganlah berputus asa!

Mungkin ada kesilapan-kesilapan atau dosa-dosa silam yang telah kita lakukan. Oleh yang demikian, Dia beri ujian kepada kita sebagai kifaroh (penebus) kepada dosa-dosa silam. Bersabarlah. Semakin kuat kita diberi ujian, semakin sabar dan tabah kita menghadapinya, semakin dekat kita kepada-Nya, semakin besarlah nikmat yang akan diberikan di kemudian hari. Percayalah, hidup tidak selalu indah, langit tidak selalu cerah, tetapi tidak bermakna pelangi petang tidak akan muncul di sepanjang perjalanan. Kehidupan merupakan satu ladang tanaman. Hasilnya akan kita tuai di akhirat nanti. Di hari pembalasan. Di alam yang hakiki. Allah... :)

Sungguh, kita manusia tidak akan pernah lepas dari membuat kesilapan. Mungkin, ada yang terfikir, bimbang terjerumus di dalam kekufuran ujian. Mempersoalkan setiap ujian yang diberikan Allah kepadanya. Risau. Tetapi teman-teman, berusahalah untuk terus berada di landasan-Nya. Memang, senang bercakap . Nak melaksanakannya tu ? Allahurobby... Tetapi jangan risau , manusia adalah lebih dari apa yang disangkakan.

"Dan tidaklah Aku mencipta jin dan manusia

melainkan untuk beribadah kepada-

Ku"(adz-Dzariyat:56)

Selagi kita berpegang kepada tujuan kita dilahirkan ke dunia ini, selagi itulah kita akan mampu untuk merasa tenang dan bahagia. Mungkin kita diberi ujian kesukaran hidup sekarang dan kesenangan hidup pada masa akan datang.

Kekadang pernah merasakan, terlalu penat, terlalu lelah. Seolah-olah kesukaran ini tiada penghujungnya. Menemui jalan buntu. Pada saat itu, muhasabahlah diri kita sendiri. Adakah kita menjaga hubungan kita dengan Allah dengan sebaiknya? Adakah kita mendahulukan amanah-amanah Allah di dalam kehidupan seharian kita? Sekiranya Dia sentiasa hidup di dalam diri kita, nescaya kepenatan dan perasaan kesunyian itu akan terubat. Semakin dekat kita dengan Dia, semakin kuat kita diuji. Makin di sayang , makin di uji ! Hanya orang-orang yang bertuah akan dapat merasai nikmat di sebalik ujian. Samaada ujian kesenangan atau ujian kesusahan. Janganlah kita kufur kedua-dua ujian tersebut. Kufur ujian kesenangan adalah ditakuti merasakan bangga dan sombong diri. Seolah-olah apa yang diusahakan adalah hasil usaha sendiri. Seolah-olah sendiri yang punya. Kufur ujian kesusahan lagi ditakuti. Seolah-olah tidak ada satu pun nikmat yang Allah berikan kepada diri selain dari kesusahan yang berpanjangan. Ingatlah, kita bukanlah seorang Nabi mahupun seorang Rasul. Tetapi kita wajib mencontohi mereka. Ujian Allah kepada mereka lebih besar daripada ujian hidup yang kita hadapi.

Namun, jangan pula bangga dengan kesilapan diri sendiri. Sudah tahu berbuat kesilapan, bangga dengan kesilapan sendiri. Malah tidak pula mahu untuk berubah. Lantaran ego yang menguasai diri. Come on la beb , move on please ~ you are better than what you think . Seriously ! :)

So, belajarlah untuk berlapang dada dengan ujian Allah. Samaada ujian kesenangan atau ujian kesusahan. Apabila diuji dengan kesenangan, sentiasa ingat ada orang yang lagi susah kehidupannya. Begitu juga jika diuji dengan kesusahan, ada lagi insan lain yang lagi susah kehidupannya. Bertuahlah sekiranya kita tidak gagal di dalam ujian kehidupan. Mungkin kita berjaya dalam kehidupan pada pandangan mata manusia. Tetapi belum tentu kita akan berjaya pada pandangan Allah. Bertuahlah kita sekiranya berjaya pada pandangan Allah dan juga manusia. Tetapi, pandangan manusia bukanlah apa-apa. Kerana kita semua serupa. Tiada bezanya. Melainkan darjat di sisi-Nya yang membezakan kedudukan kita. Subhanallah...

Bersabarlah dan bermujahadahlah duhai teman. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi yang terbaik. Semoga apa yang diusahakan dapat dicapai dengan jayanya. Namun, sekiranya tidak berjaya, ingatlah bahawa perancangan Allah untuk kita lebih baik daripada perancangan kita untuk diri kita sendiri. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui tentang apa yang kita perlukan.

Terimalah seadanya. Pujuklah diri , agar bersyukur , bersabar dan redha dengan ketentuanNya... :)

WALLAHU A'LAM... ^__^

Harap korang semua like ^_^ x nak x pe ! :( 0like to eat this entry
Harap tenang , Ada ujian !
Sunday, January 15, 2012 | 6:31 PM | 0 comments

"Dan tidaklah Aku mencipta jin dan

manusia melainkan untuk beribadah kepada-

Ku" (adz-Dzariyat: 56)

p/s : Nasihat ini khas untuk sahabat2 yang sentiasa di uji olehNya dan
terutama sekali untuk DIRI SENDIRI ~ ;)
Ketahuilah , Allah sayangkan kita. Kasih sayang Allah lebih luas berbanding
kemurkaanNya... Allah sayang kita , kita sayang Allah...

Harap korang semua like ^_^ x nak x pe ! :( REWIND ME THE PAST |
Older Post

PreciousDisclaimer

Assalamualaikum Just call Aisya Sweet 16 years old Love reading and blogging Love Green,pink,purple and white Pray for me for success in world and after here Single but always taken by Allah S.W.T

ChitChat

OntheMusic

ClapThem
Template by : Addinscha
Background by : KC
Basecode by : Jaja