_PreciousMoment_
0like to eat this entry
Dalil-dalil Yang Mengharamkan Bersalaman dan Bersentuhan di Antara Lelaki Dengan Wanita Bukan Mahram
Thursday, January 5, 2012 | 6:01 AM | 0 comments
Dalil pertama:

Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له

Terjemahan: Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)

Takhrij: Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487. Al-Haitsami berkata: Para perawinya adalah perawi yang sahih. Imam al-Mundziri berkata: para perawi ath-Thabrani adalah tsiqah dan termasuk para perawi yang sahih. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah, 1/447, no. 226.

Juga diriwayatkan oleh ar-Ruwaiyani, al-Musnad, 2/227 dari jalur Nashr B. ‘Ali, beliau berkata: “Ayahku menceritakan kepada kami, Syadad B. Sa’id telah menceritakan kepada kami, daripada Abu al-Alla’, beliau berkata, Ma’qil B. Yasar telah menceritakan kepadaku secara marfu’... (hadis di atas).”

Syaikh al-Albani berkata tentang sanad hadis ini (riwayat ar-Ruwaiyani): Ini adalah sanad yang bagus (jayyid). Semua perawinya tsiqah dan termasuk para perawi al-Bukhari dan Muslim, kecuali Syaddad B. Sa’id yang hanya merupakan perawi Imam Muslim sahaja. Ada sedikit komentar terhadapnya yang tidak boleh menurunkannya dari status hasan. Dengan sebab itu, Imam Muslim hanya meriwayatkan daripadanya sebagai syawahid. Adz-Dzahabi mengatakan dalam al-Mizan sebagai Sholihul hadis (hadis yang bagus). Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata di dalam at-Taqrib sebagai Shoduq yukhthi (jujur namun sering tersilap). (Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah, 1/447)

Penjelasan:

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:

و في الحديث وعيد شديد لمن مس امرأة لا تحل له ، ففيه دليل على تحريم مصافحة النساء لأن ذلك مما يشمله المس دون شك ، و قد بلي بها كثير من المسلمين في هذا العصر و فيهم بعض أهل العلم ، و لو أنهم استنكروا ذلك بقلوبهم ، لهان الخطب بعض الشيء ، و لكنهم يستحلون ذلك ، بشتى الطرق و التأويلات

Terjemahan: Pada hadis ini terdapat ancaman yang keras (tegas) kepada sesiapa sahaja yang menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram). Padanya juga terdapat dalil atas haramnya bersalaman (mushofahah) dengan wanita. Sebab itu, tidak diragukan bahawa bersalaman itu mengandungi unsur bersentuhan. Pada masa ini, umat Islam banyak diuji dengan situasi ini, dan di antara mereka adalah dari kalangan ahli ilmu. Sekiranya mereka mengingkari perkara tersebut dengan hati mereka, tentu ada sedikit kemudahan untuk menasihati mereka. Tetapi sayangnya, mereka menghalalkan perkara tersebut dengan pelbagai cara (jalan) dan takwilan (penafsiran). (Rujuk: al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah al-Kamilah, 1/225)

Dalil Kedua:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ

Terjemahan: Persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil, ia pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan mendengar, lidah berzina dengan berkata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah, hati berzina dengan angan-angan (kehendak), dan kemaluanlah yang akan membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu. (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 13/125, no. 4802)

Kaedah pengambilan dalil adalah dari perkataan:

وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ

... dan tangan berzina dengan menyentuh. (Dari hadis di atas)

Dalam riwayat Ahmad disebutkan:

وَالْيَدُ زِنَاهَا اللَّمْسُ

... dan tangan berzina dengan menyentuh.

Dalam riwayat Ibnu Hibban juga disebutkan:

وَالْيَدُ زِنَاؤُهَا اللَّمْسُ

... dan tangan berzina dengan menyentuh.

Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan:

معنى الحديث أن بن آدم قدر عليه نصيب من الزنى فمنهم من يكون زناه حقيقيا بادخال الفرج في الفرج الحرام ومنهم من يكون زناه مجازا بالنظر الحرام اوالاستماع إلى الزنى وما يتعلق بتحصيله او بالمس باليد بأن يمس أجنبية بيده او يقبلها او بالمشي بالرجل إلى الزنى اوالنظر او اللمس او الحديث الحرام مع اجنبية ونحو ذلك او بالفكر بالقلب

Makna hadis di atas adalah bahawa setiap anak Adam itu ditakdirkan untuk melakukan perbuatan zina. Di antara mereka ada yang melakukan zina dengan sebenar-benarnya, iaitu dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan wanita secara haram. Di antara mereka ada yang zinanya secara majaz (kiasan), iaitu dengan melihat perkara-perkara yang haram, atau dengan mendengar sesuatu yang mengajak kepada perzinaan dan usaha-usaha untuk melakukan kepada zina, atau dengan sentuhan tangan, atau menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram) dengan tangannya, atau menciumnya. Atau dengan melangkah kaki menuju tempat perzinaan, melihat, menyentuh, atau berkata-kata dengan cara yang haram bersama dengan wanita ajnabiyah (yang bukan mahram), atau berangan-angan (imaginasi/berniat) dengan hatinya. (an-Nawawi, al-Minhaj Syarah Shohih Muslim, 16/206)

Dalil ketiga:

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah bersalaman dengan wanita yang tidak halal baginya walaupun dalam peristiwa bai’at.

Daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُبَايِعُ النِّسَاءَ بِالْكَلَامِ بِهَذِهِ الْآيَةِ { لَا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا } قَالَتْ وَمَا مَسَّتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَ امْرَأَةٍ إِلَّا امْرَأَةً يَمْلِكُهَا

Terjemahan: Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berbai’at dengan kaum wanita secara lisan (tanpa bersalaman) untuk ayat “Janganlah kamu mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu”. Dan tangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah menyentuh tangan wanita melainkan wanita yang dimilikinya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 22/160, no. 6674)

Juga melalui hadis ini:

وَلَا وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ مَا يُبَايِعُهُنَّ إِلَّا بِقَوْلِهِ قَدْ بَايَعْتُكِ عَلَى ذَلِكِ


Terjemahan: Tidak, demi Allah, tidak pernah walau sekali pun tangannya (tangan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) menyentuh tangan seorang wanita ketika melakukan bai'at. Beliau tidak membai'at para wanita melainkan hanya dengan mengatakan: “Aku telah menerima bai'at kamu untuk perkara-perkara tersebut.”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 15/165, no. 4512)

Daripada Umaimah Binti Ruqaiqah, ia menyatakan:

أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم في نساء لنبايعه، فأخذ علينا ما في القرآن: { أَنْ لا يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا } الآية، وقال: "فيما استطعتن وأطقتن"، قلنا: الله ورسوله أرحم بنا من أنفسنا، قلنا: يا رسول الله، ألا تصافحنا؟ قال "إني لا أصافح النساء، إنما قولي لامرأة واحدة كقولي لمائة امرأة


Terjemahan: Aku pernah berjumpa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama beebrapa orang wanita untuk berbai’at kepada beliau. Maka beliau pun membai’at kami dengan apa yang terdapat di dalam al-Qur’an, iaitu kami tidak boleh mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu. Lalu beliau bersabda, “Iaitu berkenaan dengan apa yang kamu mampu dan sanggupi.”

Maka kami pun berkata, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih menyayangi kami daripada diri kami sendiri.” Seterusnya kami mengatakan, “Wahai Rasulullah, tidakkah kita perlu bersalaman?”

Beliau menjawab, “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita. Ucapanku kepada seorang wanita bersamaan dengan untuk seratus orang wanita.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 44/559, no. 27009. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya sahih, perawinya tsiqah daripada perawi syaikhain (al-Bukhari & Muslim) kecuali Umaimah Binti Ruqaiqah. Al-Hafiz Ibnu Katsir berkata di dalam tafsirnya, 8/96: Sanad hadis ini sahih, diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, dan Ibnu Majah daripada hadits Sufyan B. ‘Uyainah. Juga diriwayatkan oleh an-Nasaa’i daripada hadits ats-Tsauri dan Malik B. Anas. Semuanya bersumberkan daripada Muhammad B. Al-Munkadir. At-Tirmidzi menyatakan: Hadis ini hasan sahih)

Syaikh Muhammad al-Amin asy-Syanqithi rahimahullah berkata di dalam tafsirnya:

أن النبيّ صلى الله عليه وسلم ثبت عنه أنّه قال: "إني لا أصافح النساء"، الحديث. واللَّه يقول: {لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ} ، فيلزمنا ألاّ نصافح النساء اقتداء به صلى الله عليه وسلم، ... وكونه صلى الله عليه وسلم لا يصافح النساء وقت البيعة دليل واضح على أن الرجل لا يصافح المرأة، ولا يمسّ شىء من بدنه شيئًا من بدنها؛ لأن أخفّ أنواع اللّمس المصافحة، فإذا امتنع منها صلى الله عليه وسلم في الوقت الذي يقتضيها وهو وقت المبايعة، دلَّ ذلك على أنها لا تجوز، وليس لأحد مخالفته صلى الله عليه وسلم، لأنه هو المشرع لأُمّته بأقواله وأفعاله وتقريره
Terjemahan: Bahawasanya telah tsabit daripada Nabi Shallallahu ‘alaihiw a Sallam, beliau berkata, “Sesungguhnya aku tidak pernah bersalaman dengan kaum wanita.” Dan Allah telah berfirman: “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik.”. Dengan itu, demi untuk mencontohi/mengikuti beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka kita tidak bersalaman tangan dengan wanita ajnabiyah... dan sikap beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang tidak bersalaman tangan dengan wanita di ketika melakukan bai’ah adalah merupakan dalil yang sangat jelas bahawa seseorang lelaki tidak boleh bersalaman tangan dengan wanita yang bukan mahramnya dan tidak dibenarkan sama sekali dari anggota badannya menyentuhnya. Ini adalah ekrana bentuk sentuhan yang paling ringan adalah dengan bersalaman. Apabila Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri enggan untuk bersalaman dengan wanita ajnabiyah di ketika waktu-waktu yang sangat diperlukan untuk bersalaman iaitu di ketika waktu berbai’at, maka ini menunjukkan bahawa bersalaman tangan dengan kaum wanita ajnabiyah itu adalah tidak dibenarkan. Sesiapa pun tidak wajar untuk menyelisihi beliau. Kerana beliau adalah yang membawa/menetapkan syari’at untuk umat beliau sama ada dengan ucapan, perbuatan, ataupun pembenaran (taqrir). (al-Amin asy-Syanqitihi, Adhwa’ul Bayan fii Idhahal Qur’an bil Qur’an, 6/256)

Beliau juga menyatakan:

وإنما أمر بغضّ البصر خوف الوقوع في الفتنة، ولا شكّ أن مسّ البدن للبدن، أقوى في إثارة الغريزة، وأقوى داعيًا إلى الفتنة من النظر بالعين، وكل منصف يعلم صحّة ذلك


Menundukkan pandangan (antara lelaki dengan wanita) adalah diwajibkan kerana dibimbangi akan mengakibatkan kepada fitnah. Tidak dinafikan bahawa sentuhan anggota tubuh lelaki ke tubuh wanita yang bukan mahram adalah merupakan faktor yang paling kuat untuk membangkitkan naluri syahwat dan pendorong yang paling kuat menuju fitnah berbanding pandangan mata. Setiap orang yang normal memahami kebenaran perkara ini...

أن ذلك ذريعة إلى التلذّذ بالأجنبية، لقلّة تقوى اللَّه في هذا الزمان وضياع الأمانة، وعدم التورّع عن الريبة

Terjemahan: Bahawasanya ini semua (bersalaman di antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram) membawa kepada usaha menikmatinya, disebabkan berkurangnya sifat taqwa kepada Allah di zaman ini, hilangnya sikap amanah, dan kosongnya nilai kehati-hatian. (al-Amin asy-Syanqitihi, Adhwa’ul Bayan fii Idhahal Qur’an bil Qur’an, 6/257)


Pandangan Para Ulama Bermazhab Syafi’i:

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:

أن كلام الأجنبية يباح سماعه عند الحاجة وأن صوتها ليس بعورة وأنه لايلمس بشرة الأجنبية من غير ضرورة كتطبب وقصد وحجامة وقلع ضرس وكحل عين ونحوها مما لا توجد امرأة تفعله جاز للرجل الأجنبى فعله للضرورة وفى قط خمس لغات

Perkataan (suara) wanita ajnabiyah boleh kita dengari di ketika ada keperluan dan suaranya tidak termasuk aurat, menyentuh kulit wanita ajnabiyah tidak dibolehkan tanpa adanya alasan darurat seperti sebab perubatan, pendarahan, bekam, mencabut gigi, dan seumpamanya, di mana tiada wanita yang sanggup melakukannya. Lelaki yang bukan mahram dibenarkan melakukannya disebabkan alasan darurat tertentu. (Imam an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 13/10)
Beliau juga berkata:

حيث حرم النظر حرم المس بطريق الأولى لأنه أبلغ لذة فيحرم


Terjemahan: Disebabkan melihat wanita yang bukan mahram itu diharamkan, sudah tentu menyentuh kulitnya lebih diharamkan lagi. Ini adalah kerana menyentuh lebih mudah membangkitkan syahwat. (Imam an-Nawawi, Raudhatut Tholibin wa ‘Umdatul Muftiin, 7/27)
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata tentang hadis pembai’atan para wanita kepada Rasulullah tanpa bersalaman:
ومنع لمس بشرة الأجنبية من غير ضرورة لذلك

Hadis tersebut mengandungi penjelasan larangan menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram) tanpa adanya alasan darurat untuk menyentuhnya. (al-Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/204)

Wallahu ‘alam...
Harap korang semua like ^_^ x nak x pe ! :( REWIND ME THE PAST | MY SWEET FUTURE
Older Post | Newer Post

PreciousDisclaimer

Assalamualaikum Just call Aisya Sweet 16 years old Love reading and blogging Love Green,pink,purple and white Pray for me for success in world and after here Single but always taken by Allah S.W.T

ChitChat


OntheMusic


ClapThem
Template by : Addinscha
Background by : KC
Basecode by : Jaja